Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang Cina percaya ada dua belas binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu.harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, iainya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraihkan perayaan tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
No comments:
Post a Comment