PERAYAAN MASYARAKAT INDIA

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'aippasi' pada bulan Oktober dan November.Deepavali bermaksud 'sebarisan pelita'. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan, mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.Di kebanyakkan rumah, 'rangoli' iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warniakan menyambut tetamu di hadapan rumah.






3 comments: